468x60 Ads

This is an example of a HTML caption with a link.

EMAS DUBAI DAN ABU DHABI

Satu perkongsian

Assalamualaikum semua, saya doakan anda semua sihat walafiat dan kaya serta berjaya!

Kesempatan ini sy ingin berkongsi pengalaman berharga yang saya perolehi semasa lawatan saya ke 2 bandar Emas dunia iaitu Dubai dan Abu Dhabi...

3 Perkataan yang boleh saya simpulkan tentang kedua2 bandar ini iaitu MEWAH, EMAS, PANAS ;-)



Kenangan 1 kilo emas dipamerkan dengan selamba di tepi jalan ;-)


Abu Dhabi (Bahasa Arabأبو ظبي ʼAbū Ẓabī, secara harfiah "Bapa Zabi") adalah ibu negara emiriah dengan nama sama, bandar terbesar dari tujuhemiriah yang terdirinya Emiriah Arab Bersatu. Ia adalah bandar raya terkaya di dunia dan terletak di utara pusat EAB. Bandaraya ini terletak di sebuah pulau berbentuk T mengunjur ke dalam Teluk Parsi dari pantai tengah barat. Kira-kira 1,000,000 orang tinggal di sana pada 2000, dengan kira-kira 80% penduduknya orang asing.

Bertolak ke Abu Dhabi dari KLIA - Doha - Abu Dhabi



Singgah di Doha Qatar

Keluar duit dari ATM Qatar utk membeli sarapan

Singgah di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi
Masjid Sheikh Zayed ialah masjid ketiga terbesar di dunia. Masjid ini terletak di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu. Masjid ini dinamakan sempena Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga dikebumikan di sana. Masjid ini dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan 2007.

Rekod dunia

Masjid Sheikh Zayed memegang beberapa rekod dunia:

  • Karpet yang terbentang luas di masjid ini merupakan "karpet terbesar dunia" dan dibuat oleh "Iran's Carpet Company" hasil rekaan artis Iran Ali Khaliqi. Karpet ini berukuran 5,627 meter persegi. Berat karpet tersebut ialah 47 tan - 35 tan kapas, dan 12 tan benang.
  • Masjid ini juga mempunyai candelier (lampu lilin) terbesar dunia. Terdapat tujuh lampu lilin yang diimport dari Jerman dan kesemuanya adalah dari tembaga dan bersalut emas. Lampu lilin yang terbesar berdiameter 10 meter dan 15 meter tinggi.

Jalan lurus dan cantik. Pemandangan yang indah dibarisi pohon Kurma


Sampai disana terus ke kedai mamak pekena Roti Prata. Kuah kari disini memang POWER!!!

Bank -bank pun banyak di Abu Dhabi

Pencakar langit di padang pasir 

Impian saya memiliki BMW X6 ini. Ya Allah permudahkanlah impianku..

mat rempit abu dhabi

show room bmw dan Mini cooper..


wah GOLD CENTRE betul2 mengugat keimanan di hari pertama..


Gold Centre pandangan belakang. Hotel tempat tinggal kami betul2 berhadapan dengan Gold Centre..TERUJA!!


Ajanta Jewellers
Dengan bantuan Tuan Syed kami berjaya meletakkan Dinar Emas Syifa di ruang pameran kedai emas ini.
Orang Dubai boleh dapatkan DInar SYifa di kedai ini.
Orang Malaysia boleh dapatkan di www.gsr2u.com.my/goldengold



Hari yang di nanti telah tiba....
MADINAT ZAYED SHOPPING CENTRE

Madinat Zayed Shopping Centre adalah tempat untuk pergi untuk membeli-belah antarabangsa. Di tengah-tengah bandar ia menawarkan pelbagai jenama dan kedai-kedai yang menawarkan segala-galanya pembeli arif dari tinggi akhir fesyen, minyak wangi, barangan rumah, barangan runcit, elektronik dan banyak lagi.
Dengan lebih daripada 70 kedai-kedai barang kemas yang menawarkan emas tradisional dan kontemporari, berlian dan barang kemas mutiara dari seluruh dunia, Madinat Zayed Shopping Centre adalah permata sebenar di bandaraya. Ia juga mempamerkan  Pusat Emas di Abu Dhabi. 



Di sini harga emas agak mahal sedikit berbanding Dubai. tapi masih murah berbanding Malaysia.

Pergi waktu pagi maka agak sunyi..



Cukup sampai di sini dulu perkongsian saya. Saya akan sambung hari kedua di Dubai dengan paparan foto dan info kedai emas yang murah2..
READ MORE