468x60 Ads

This is an example of a HTML caption with a link.
Salam ukhuwah

Hari ni, saya ingin berkongsi mengenai belian emas kedua saya menerusi platform GSR.

Kelmarin, saya singgah di kedai emas ****** untuk meninjau cincin emas. Berminat pulak nak ada koleksi cincin emas. Harga hari itu RM155/g. Berat cincin adalah dalam lingkungan 2.5g. Apabila ditanya harga cincin tersebut, pekedai terus tekan kalkulator dan harga yang ditawarkan adalah RM442.

Cuba bahagi RM442/2.5g
Harga segram = RM176.80

Boleh murah lagi tp mesti tawar menawar sampai penat =) 

Muka amoi tu pun macam ikhlas tak ikhlas je. Jadi terus balik n buka web GSR. Cincin Rafflesia 2.5g berharga RM371.45 bermakna segram jatuh RM149 (saya bundarkan). DAN INGAT. Harga ini FIX TAK PERLU TAMBAH KOS UPAH LAGI.



Jadi bulan ini saya untung RM70. Ingat lagi belian pertama saya??? (SILA RUJUK SINI). Saya save RM600 dengan rantai emas 999 30.5g. Kali ini saya save RM70 pula. 

Total modal saya sekarang daripada RM1000 hanya tinggal RM330. Keuntungan ini akan berterusan setiap kali saya membeli emas. Sangat berguna untuk yang membeli emas sebagai platform pelaburan. Dan jangan lupa, dengan menjadi ahli VIP saya dapat FREE name card, baju, etc SILA KLIK SINI SEGERA.


Notakaki : Kalau beli emas mmg nak pakai perhiasan, boleh beli di mana2 kedai belek2 yang comey. Lagi puas hati ye tak?? Tp yang berkenan selalunya mahal =)
READ MORE

Salam semua. ada yang suka kumpul cincin emas? bagi pelabur emas bermodal kecil seperti saya, cincin merupakan pilihan terbaik kerana harganya yang murah namun nilainya tinggi.

saiz cincin pula ada banyak. kalau pergi beli di kedai emas senang, sbb ada alat untuk ukur saiz jari anda.. dan lagi senang anda boleh try terus cincin mana yang anda nak.. jadi kat sini saya nak mudahkan kerja anda jika ada yang berminat nak beli cincin secara online tapi tak tahu saiz cincin nya..

Anda boleh guna benang..namun ketika membuat lilitan kat jari jgn lah terlalu ketat atau longgar.. begitu juga ketika mengukur benang tu kat pembaris..jgn cekangkan benang tu.. ok?? atau lagi senang anda boleh guna dawai yang tak terlalu tebal dan mudah di bentuk.. 


bila dah ukur dan buat lilitan kat jari anda, anda boleh laa ukur Diameter bulatan dawai td dan match dengan ukuran yang di sediakan di bawah ni.. mudah kan?? =)


Atau yang ada cincin yang biasa dipakai, letak cincin atas pembaris, dan ukur diameter bahagian dalam cincin. 



ukuran ni x specified kat jari manis ja..namun anda boleh ukur jari mana yang anda suka.. saya dah try, dan mmg betul saiz cincin saya match dengan ukuran yang dah di sediakan ni.. GOOD LUCK!!

READ MORE
Untuk memulakan pelaburan emas sangat mudah. Mula membeli emas. Bila? Sudah tentu sekarang. Menjelang tahun 2014, menurut satu artikel yang saya baca, harga emas akan mencecah RM202.57. 33% kenaikan daripada harga semasa. Jadi, takkan nak tunggu masa itu baru nak beli.

Kajian terhadap sejarah harga emas  dunia mendapati harga emas meningkat hampir 25% setahun. Pengetahuan ini penting diketahui bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan mereka.


Berikut adalah saranan saya bagi memulakan pelaburan anda:

Langkah-1:
Mula membeli emas SEKARANG! Jangan hanya menunggu dan mengharapkan harga emas turun. Walaupun ketika anda membeli emas anda di kala harga tinggi tak apa. Kerana untuk jangka masa panjang harga emas akan terus meningkat.

Langkah-2:
Tukarkan wang simpanan anda kepada emas. Katakan anda membuat simpanan RM500 setiap bulan, tukarkan kepada emas berbanding menyimpan wang tersebut di dalam akaun bank.

Langkah-3:
Pastikan matlamat atau tujuan anda menyimpan emas. Contoh: Saya berhajat untuk menunaikan umrah (perbelanjaan umrah = RM5000) dalam tempoh 3 tahun. Saya hanya perlu menyimpan 4 keping 1Dinar (RM2864) selama 3 tahun dan saya boleh menunaikan umrah. Ini kerana harga emas bertambah 25% setahun. Emas yang saya miliki selepas 3 tahun bernilai RM5012. Sudah melebihi dari perbelanjaan umrah yang sepatutnya.

Langkah-4:
Mulakan belian yang pertama dalam jumlah yang besar. Dengan berbuat demikian, anda akan mula membuat keuntungan yang besar. Katakan anda membeli 100gram emas dengan harga Rm17469, dengan kadar keuntungan setahun 25%, maka emas anda akan bertambah nilai RM21837.

Jika belian yang pertama kecil, maka keuntungan anda juga kecil. Namun harus diingat..ukur baju di badan sendiri. Jangan kerana mahukan keuntungan yang cepat dan besar, anda bergolok gadai semua harta yang ada. Pelaburan emas  ini merupakan pelaburan jenis jangka masa panjang. Biar kecil permulaannya, tapi anda konsisten dalam menambah emas, anda juga akan dapat keuntungan. Lebih baik ada dari tidak ada.

diedit dari
www.hargaemas.com
READ MORE


Salam sejahtera para pencinta emas sekalian.

Harga emas di atas diambil pada 19 may 2013, di mana harga emas berada pada paras kedua terendah selepas 16 April lalu, lebih rendah dari awal tahun 2011.

Tapi cuba pergi ke kedai pohkong, kedai emas pak abu, kedai emas wah chan, abang habib... harga masih sama. Emas 916 pada harga rm160/g, dan emas 999 pada harga rm170/g. Kenapa??

Mereka terikat dengan harga yang ditetapkan persatuan mereka (FGJAM)

Satu lagi.

Harga di kedai emas cik kiah tu lagi murah. RM138/g je.

Ha. Yang ni mcm2 andaian boleh dibuat. Biasanya sebab dia jual stok lama. Atau ada trade in. Ataupun ada batu permata. Tp think positif, mmg dia dapat stok murah. Tapi....... jangan lupa dengan SPREAD EMAS yang PERNAH SAYA DISKUS SEBELUM NI.

Kemungkinan besar bila nak jual balik emas tu nanti...... ha. Susut nilai sampai 25%. Cuba tanya otai2 emas memang dah biasa sangat dah perkara ni =) kalau nak pakai untuk perhiasan, dah berkenan di hati, murah, REMBAT saje la.

Tapi kalau untuk PELABURAN, jangan lupa cari yang SPREAD EMAS RENDAH. PUBLIC GOLD ada. GSR lagi mudah and modal murah. Contact je saya. Isi contact form DI SINI dan tunggu reply dari saya.

Pelaburan emas Yang disarankan adalah untuk menyimpan emas 999 yang tiada salut chrome, emas putih, tambah batu permata etc. Pastinya lebih murah dari emas eksklusif (lebih cantik dan elegant berbanding emas 999) tetapi lebih BERNILAI.

HARGA PASARAN KAMI
RM150/g emas 999
RM140/g emas 916 
RM145/g emas eksklusif

Boleh tgk harga yang lebih detail di WEBSITE GSR (KLIK SINI)


3 Tips Perkongsian Ilmu EMAS dari seorang rakan niaga GsR

1) Jika anda pergi shopping emas di kedai emas, jangan tengok harga emas sahaja. Tengok sekali KOS UPAH tukangnya. Bila harga emas jatuh banyak nie, maka ramai nak beli @ borong emas 

2) Jangan biarkan tokey kedai emas lebih bijak dari anda. Anda kena bijak dari mereka. Negotiate kos upah tukang dengan kedai emas. Jadi harga emas + KOS UPAH tukang = jumlah kos pelaburan emas anda.

3) Jangan lupa tanya satu soalan keramat "Jika saya nak jual balik nanti, berapa susutnilainya tokey?" Kalau susut nilai 25% keatas, lupakan sahaja. Sekarang nie zaman susut nilai 4.5% ke 8% sahaja untuk jongkong emas dan 10% sahaja untuk barang kemas. Kalau lebih dari itu, anda rugi.


Berminat menjadi dealer? Boleh beli emas untuk diri sendiri dengan harga dealer. Klik logo di bawah ini



READ MORE
Salam semua.

Alhamdulillah hari ini masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara di muka bumi Allah ini. Hari ni saya nak kongsikan pengalaman membeli emas dari GSR.

Hari pertama saya menjadi ahli VIP GSR, matlamat saya bukan untuk menjadi penjual emas. Matlamat saya hanya satu, dapat membeli emas dengan harga lebih murah berbanding harga di kedai, bermodalkan wang pendaftaran sebanyak RM1000. 

Jika dilihar pada awalnya ia mungkin merugikan. RM1000 boleh digunakan untuk membeli emas. TETAPI, jika dilihat untuk jangka masa panjang, ia pastinga menguntungkan.

Anda boleh buat kira-kira sendiri. Barang kemas dari emas 999, berharga rm170 per gram pada hari saya membeli emas (8 may 2013). Saya telah membeli emas 999 seberat 30.5g.


Harga emas semasa tak termasuk upah
= RM170 x 30.5g
= RM5185

Harga ahli VIP GSR FREE upah
= RM150 (saya bundarkan) x 30.5g
= RM4575

Saya telah untung RM600 di situ
Tolak modal asal RM1000
Maka seolah2 modal saya hanya RM400

Kemudian sekiranya belian kedua dibuat untuk item yang sama, saya akan untung dalam lingkungan RM600 juga. Ditolak modal RM400 tadi, saya untung RM200.

Begitulah seterusnya. Memandangkan saya tidak punyai modal lump sump RM20k, platform GSR inilah yang saya rasa terbaik buat saya.

Emas yang anda beli, gandakan lagi dengan cara pajakan ARRAHNU.

Pastinya anda akan lebih maju di masa hadapan. Saya harap sedikit sebanyak ini membantu anda yang baru hendak mula seperti saya =) 


READ MORE
Assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ini saya ingin kongsikan mengenai hukum jual beli emas secara hutang hasil tulisan seorang rakan dalam pelaburan emas


Mari kita sama-sama fahami isi kandungan artikel ini bersumber dari SINI

Adakah harus membeli emas dan perak dengan cara ansuran?

Berbagai pendapat fuqaha’ mengenainya. Sebahagiannya menganggap emas itu sebgai barang dan sebahagiannya menganggap barangan. Berdasarkan itu berlaku perbezaan pendapat mengenainya. Seperti berikut:

Tidak ada perbalahan fuqaha’ dalam perkara ini., kerana emas dan perak dianggap sebagai barang perniagaan, dan yang harus menjualnya melalui “murabahah” (mengambil untung) dan secara ansuran, kerana ia adalah galian yang telah digabungkan dengan hasil tangan tukang bentuk kerana bentuknya berlaku dengan seni tempa atau seni tangan. Adapun yang diharamkan ditujukan kepada jual emas dan perak asal (yang belum ditempa), maka disana ada perbezaan pendapat fuqaha’ yang disandarkan kepada hadis dhaif yang mengharamkan jualan bentuk ini secara ansuran.

Adakah harus jual emas secara ansur, atau ia mestilah dengan jual tunai, sedangkan sebagaimana diketahui keperluan kepada perkara ini sangat mendesak. Contoh seseorang hendak membeli barangan emas, dan ia telah membuat persafahaman dengan tuan emas supaya pembeli akan memberikannya sebahagian bayaran secara segera dan baki yang lain secara bertempoh.Minta penyelesaian.

Sebahagiannya menjawab:
Maka jual emas dengan bayaran ansur berselisih pendapat fuqaha’ padanya, Sebahagian nya berpendapat tidak harus jual emas dengan bayaran ansur, bahkan mestilah dengan serahan segera, kerana menganggap emas adalah nilai duit. Berbeza sebahagian fuqaha’ yang lain yang berpendapat mengharuskan bayaran ansur, kerana emas sekarang bukanlah sebagai duit, tetapi telah bertukar kepada barang, sedangkan “hukum beredar bersama sebabnya pada wujud dan tiadanya”.

Dan yang awlanya (elokny) jangan terus kepada jual secara ansur melainkan ketika memerlukan.

Berkata Dr. Mahmud ‘Ukam pensyarah Syariah di Suria:
Harus jual Emas denga harga ansur, berdasarkan ia adalah barang, terutama bila ia dibentuk atau perhiasan. Sesungguhnya perkara ini telah diharuskan oleh bilangan yang tidak sedikit dari fuqaha’ sebagaimana yang disebut kan oleh pengarang “Bidayat al Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid”

Dan berkata Dr. Ahmad al Hajji al Kurdi penyusun “Mausu’ah Fiqhiyyah negara Kuwait: Emas dan perak tidak harus dijual keduanya dengan duit atau seumpama keduanya daripada emas dan perak melainkan secara tunai, dan tidak harus bertangguh apa juga keadaan, kerana menjual kedua-duanya namanya “saraf” dan syarat sahnya saraf ialah “Serah dalam majlis”

Berkata Dr. Rasyid bin Hamd al ‘Aliwiy antara ulamak Saudi:
Jumhur ahli ilmu lama dan baru berpendapat kepada melarang perkara tersebut, mereka mensyaratkan padanya apa yang disyaratkan pada duit emas dan perak iaitu serah dalam majlis akad, maka tidak boleh beli denga bertempoh dau ditangguhkan “beransur”
Dan sebahagian fuqaha’ berpendapat kepada mengharuskannya. Mereka menganggap perhiasan emas dan perak terkeluar dari ketegori duit, dan asal duit kepada ketegori barang, dan seterusnya, maka harus menjual dan membelinya dengan bertempoh dan dengan kard kredit. Dan pendapat pertama adalah lebih menyeluruh.

Dan berkata Dr. Ali Mahyyi al Din al Qurrah Daghi ketua Qism Fiqh di Kuliah Syariah di Qatar:
Tidak harus jual emas dan perak dengan ansuran, tidak boleh juga dengan bertempoh, samada bertambah atau tidak bertambah, kerana itu berkata fuqaha’: “Tidak harus mengambil untung secara Murabahah yang bertangguh dan jual dengan ansuran terhadap emas dan perak, yang demikian kerana hadis yang sohih yang menunjukkan wajib segera pada menjual emas dan perak. Rasulullah s.a.w bersabda:
( لا تبع الذهب بالذهب والفضة بالفضة إلا يدًا بيد سواء بسواء فإن اختلفت الأجناس فبيعوا كيفما شئتم إذا كان يدا بيد(
“Jangan kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak melainkan secara tunai dan sama. Maka jika berbeza jenis, maka bolehlah kamu menjualnya sebagaimana yang kamu suka bila ia secara tunai”

Dr Ali Jum’ah mufti Repablik Mesir berpendapat: Adapun Emas dan perak yang dibentuk, maka ia terkeluar dari menjadi harga(pengantara untuk penukaran) dan ternafi darinya sebab tunai, yang mewajibkan pada keduanya syarat tunai dan serah, dan yang membawa kesan pengharaman jual bertempoh. Maka ia menjadi seperti barangan lain yang boleh dijual dan beli dengan tunai dan bertempoh, kerana seperti dimaklumi “bahawa hukum itu ada bersama sebabnhya pada ada dan tiadanya”. Inilah juga pendapat imam Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn Qayyum dan selain mereka, dengan syarat ia tidak dibentuk untuk perkara yang haram seperti sesuatu berbentuk emas yang hanya dipakai oleh lelaki yang tidak diharuskan mereka memakainyua.

Berkata Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya I’lam al Muqi’in: “Perhiasan yang diharuskan menjadi hasil cipta yang diharuskan seperti jenis baju dan barang, bukan dari jenis harga, kerana itu tidak diwajibkan padanya zakat, maka tidak berlaku riba diantaranya dan antara harga, sebagaimana tidak berlaku riba antara harga dengan barang-barang yang lain, sekalipun ia dari bukan sejenisnya. Maka sesungguhnya bentuk ini terkeluar dari maksud harga dan disediakan untuk diperdagangkan, maka tidak dilarang menjualnya dengan sejenisnya.

Berdasarkan apa yang telah lalu, maka sesungguhnya tidak ada tegahan syarak menjual Emas yang telah dibentuk, dengan cara ansuran hingga ke satu tempoh. Adapun emas yang tidak dibentuk, maka ia diatas asal tegahan kerana sebab riba.

Soalan:
Seorang perempuan hendak membeli emas secara ansuran kerana tidak cukup bajet, lalu beliau meminta dari penjual emas menjualkan kepadanya secara ansur, lalu ia menimbang dan menyebutkan harganya. Berkata tukang emas kepada perempuan tersebut: “saya akan menjualkannya kepada kamu dengan harga ini dan dan memberi pembayaran secara ansuran,dan aku tidak akan menambahkan harganya walaupun naik harga gram emas”, lalu perempuan tersebut berkata kepadanya: “Aku membeli mengikut harga ini, dan aku tidak menuntut darimu mengurangkan harga bila jatuh harga gram emas, lalu kedua-duanya sepakat menetapkan harga semasa itu. Apakah hukum jualan ini?

Adakah harus membeli emas dengan cara ansuran ini.


Jawab:
Tidak harus menjual emas secara ansur, melainkan sekiranya emas sebagai imbalan kepada barangan.
Ditanya syeikh Uthaimin r.h tentang hukum beli emas secara ansur. Maka jawabnya r.h: “Beli emas secara ansur ada dua jenis:
Pertama: Beli emas dengan dirham, maka mistilah diserah dalam majlis akad. Maka apabila seorang membeli perhiasan emas dengan lima ribu rial, maka mistilah diserahkan lima ribu rial terdsebut dalam majlis akad, dan tidak harus membelinya secara ansur, kerana nabi s.a.w bersabda tentang jual emas dengan perak: “apabila jenis-jenis ini berbeza, maka bolehlah kamu jual bagaimana cara yang kamu mahu apabila secara tunai”

Kedua: Membeli emas dengan selain dirham, seperti membeli emas dengan gandum, seperti seorang berkata: “Aku beli darmu emas ini dengan seratus gantang gandum setiap bulan sepuluh gantang”, maka ini dibolehkan, keran jual disini berlaku antara dua perkara yang tidak diharamkan bertangguh
Berdasarkan ini kita nyatakan: “Apabila dijual emas dengan emas maka mistilah dengan dua perkara: bersamaan pada timbangan, dan serah sebelum berpisah. Maka apabila dijual emas dengan perak atau dengan dirham secara tunai, maka mistilah menjaga satu perkara iaitu serah sebelum berpisah. Apabila dijual emas dengan selain itu, maka tidak mengapa menjualnya secara ansur dan menangguhkan harga”.

Kesimpulannya
1- Saya cenderung kepada jual beli emas dengan ringgit yang kita lakukan tidak dianggap pertukaran emas dengan emas atau perak dengan perak yang mesti dilakukan secara tunai. Kerana jual beli emas dalam praktik kita disini sebagai barangan, bukannya sebagai harga.
2- Oleh kerana menganggap jongkong emas, dinar dan perhiasan sebagai barangan, maka mengunci harga yang diperaktikkan oleh penjual dan pembeli emas, dianggap jual tempah. beli hari ini, emas ditempah dari pulau pinang atau kelantan memakan masa.
3- Dari segi keselamatan terdedah kepada bahaya sekiranya urus niaga emas dilakukan secara tunai tangan ke tangan sekiranhya jumlah yang besar.Contohnya tentulah tidak selamat urusan jual beli emas di ladang sawit, di estat dan sebagainya.Ini juga dikukuhkan dengan kaedah situasi mempengaruhi hukum.
4- Pun demikian seelok-eloknya diusahakan supaya jual beli emas secara tunai dan tidak bertangguh.

Syeikhul maqari
Hj. Othman bin Hamzah
Ingin beli emas hubungi 0192903165/0126669362

BOLEH JUGA RUJUK LINK INI UNTUK PENGETAHUAN LANJUT MENGENAI JUAL BELI EMAS SECARA ANSURAN

READ MORE

Salam semua

Sila baca petikan di atas dan nilaikan, apa itu pelaburan emas yang bijak. Jangan terpengaruh dengan harga yang murah tetapi banyak batu permata. Pilih emas perhiasan yang mengandungi emas semata-mata. 

Tidak kira emas itu lebih murah dari GSR atau emas GSR sendiri, pilih yang mengandungi emas semata-mata.

Sekali lagi saya tekankan, beli emas perhiasan yang mengandungi emas semata-mata.

Selamat berjaya di dalam pelaburan emas. Semoga kita sama-sama kaya dan berjaya.

Yang benar,
Maryam
Distributor of emas gsr 
READ MORE
Salam sahabat-sahabat sekalian. 

Hari ini saya akan bawakan satu tips untuk pelaburan emas iaitu..... 1 bulan 1 cincin. Sepertimana yang saya maklumkan sebelum ini, pelaburan emas haruslah menggunakan wang yang tidak akan dipakai/diperlukan dalam masa terdekat. Namun, agak mustahil untuk memiliki wang sebanyak rm10000 untuk membeli 50g emas bukan?? 

Maka..

Bertindak dengan bijak. Gunakan wang lebihan anda untuk pelaburan. Separuh daripadanya masukkan ke dalam bank (di mana anda boleh cash out serta merta jika anda perlukan wang). Separuh lagi boleh dilaburkan dengan membeli emas. Emas 999 lebih mahal dari emas 916. Jika anda lebih gemarkan emas perhiasan, boleh pilih untuk menyimpan cincin emas.

1 bulan 1g cincin ~ rm170. 

Jika dalam masa setahun, harga emas naik 25%, anda sudah untung rm42.50. Bayangkan jika anda menyimpan 12g cincin untuk 12 bulan, keuntungan anda dengan modal rm2040 adalah lebih kurang rm510.

Simpan di bank, paling kurang pun anda dapat maksimum rm200.

Pilih lah dari model2 di bawah. Anda tidak akan rugi. Satu-satunya perniagaan yang tidak memerlukab modal terlalu tinggi tetapi tidak akan rugi~ insyaAllah





READ MORE
Salam. Hari ini saya akan kupas sedikit mengenai salah satu kemahiran dalam pelaburan emas : mengira spread emas.

Sebagai customer, mari kita lihat yang mana spread emas lebih besar. Kita gunakan produk yang sama iaitu 10g gold bar 999 dan bezakan antara 3 top company pelaburan emas yang saya tahu. Mungkin anda boleh senaraikan lagi untuk saya kaji?


PUBLIC GOLD

GOLDEN SILVER RESOURCES


GOLDCREST PAVILION


Berikut yang di atas adalah senarai harga kesemua company pada 9 Mei 2013 11pm



PUBLIC GOLD

Harga beli
= RM1579.00

Harga jual
= RM1453.00

Perbezaan harga
= Harga jual - harga beli 
= RM1579 - RM1453
= RM126

Spread untuk customer PG
= Perbezaan harga / harga beli x 100 
= RM126 / RM1579 x 100
= 7.98% 



GOLDEN SILVER RESOURCES

Harga beli
= RM1635.30

Harga jual
= RM1412.80

Perbezaan harga
= Harga jual - harga beli 
= RM1635.30 - RM1412.80
= RM222.50

Spread untuk customer PG
= Perbezaan harga / harga beli x 100 
= RM222.50 / RM1635.30 x 100
= 13.61%




GOLDCREST PAVILION

Harga beli
= RM1660

Harga jual
= RM1410

Perbezaan harga
= Harga jual - harga beli 
= RM1660 - RM1410
= RM250

Spread untuk customer PG
= Perbezaan harga / harga beli x 100 
= RM250 / RM1660 x 100
= 15.06%


Daripada kajian saya, Dapat dilihat disini, harga Public Gold adalah TERMURAH dengan SPREAD paling rendah untuk CUSTOMER. Bagaimana jika anda agen??? Agen di sini bermaksud anda menjadi ahli VIP dengan membayar certain amount of money sebagai yuran keahlian seumur hidup (GSR dan GCP) atau membeli minimum RM20000 emas (PG)



PUBLIC GOLD

Harga beli (setelah anda menjadi agen dengan belian minimum RM20000)
= RM1579.00 - 1%
= RM1563.21

Harga jual
= RM1453.00 + 0.5%
= RM1460.3

Perbezaan harga
= Harga jual - harga beli 
= RM1563 - RM1460.3
= RM102.7

Spread untuk customer PG
= Perbezaan harga / harga beli x 100 
= RM102.7 / RM1563.21 x 100
= 6.57%



GOLDEN SILVER RESOURCES

Harga beli (setelah anda menjadi agen dengan bayaran RM1000)
= RM1635.30 - (RM13/g = RM130)
= RM1505.30

Harga jual
= RM1412.80 + (RM4/g (sama untuk semua produk) = RM40)
= RM1452.80

Perbezaan harga
= Harga jual - harga beli 
= RM1505.30 - RM1452.80
= RM52.50

Spread untuk customer PG
= Perbezaan harga / harga beli x 100 
= RM52.50 / RM1505.30 x 100
= 3.49%




GOLDCREST PAVILION

Harga beli (setelah anda menjadi agen dengan bayaran RM600)
= RM1660 - (8% = RM132.80)
= RM1527.20

Harga jual
= RM1410 + (3% = RM42.3)
= RM1452.30

Perbezaan harga
= Harga jual - harga beli 
= RM1527.20 - RM1452.30
= RM74.9

Spread untuk customer PG
= Perbezaan harga / harga beli x 100 
= RM74.9 / RM1527.20 x 100
= 4.9%

Daripada kajian saya, Dapat dilihat disini, harga GSR adalah TERMURAH dengan SPREAD paling rendah untuk NORMAL AGENT. Tetapi masing2 mempunyai kelebihan sendiri. PG lebih dikenali kerana sudah bertapak lebih lama berbanding 2 lagi syarikat bumiputera melayu muslim kita iaitu GSR dan GCP.

PG = terbaik jika anda bukan dealer, beli dgn harga murah berbanding yang lain. Anda boleh pilih untuk menjual dengan rakan-rakan dengan harga lebih tinggi berbanding harga 'we buy' yang ditawarkan PG.
GCP dan GSR = perlu menjadi dealer untuk harga terbaik kerana harga untuk normal customer adalah sedikit tinggi. namun bagi yang customer yang tidak tahu mengenai emas, ini mungkin menindas kerana mereka membeli dgn harga yang agak mahal dari agen sedia ada dan jika ingin jual terpaksa pada harga yang agak murah. Nasihat kepada agen, berbuat baiklah sesama kita. Kita untung customer untung. ^__^

Di bawah ini adalah spread keseluruhan yang saya telah kira daripada semua produk yang ditawarkan ketiga-tiga syarikat. Ia mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

sila klik untuk paparan lebih besar

Saya memilih untuk bersama GSR setelah meneliti pros and cons untuk memulakan perniagaan emas dengan modal yang sedikit serta dapat membeli emas tanpa bersusah payah mengharungi kesesakan jalanraya. Anda juga boleh pilih syarikat mana yang terbaik buat anda. Jika berminat menyertai kami di GSR, tekan sahaja button di bawah ini dan mulakan langkah anda sekarang. 'Fast Action Fast Result'


READ MORE
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ini saya akan buat perbandingan di antara GSR (Golden Silver Resources) dengan PG (Public Gold) serta GCP (GoldCrest Pavilion). Tiada niat untuk menjatuhkan mana2 pihak. Perbandingan dibuat berdasarkan pengalaman sendiri ketika membuat pilihan syarikat pelaburan emas yang terbaik buat saya






BAYARAN UNTUK MENJADI DEALER
GSR : bayaran minimum untuk menjadi dealer GSR adalah RM1000. Dealer akan dapat jaket GSR, name card, flyer untuk promo, member card, khairat kematian RM500 (2 tahun pertama), iklan di akhbar. Tetapi dealer tidak akan dapat emas. Perniagaan boleh diwariskan.
PG : anda perlu beli minimum RM20,000 emas untuk melayakkan anda menjadi automatik dealer kepada public gold.RM20,000 tersebut boleh daripada emas perhiasan, jongkong emas atau dinar
GCP : bayaran minimum untuk menjadi dealer GCP adalah RM600. Perniagaan tidak boleh diwariskan.


PERBEZAAN PRODUK
GSR : GSR menawarkan Dinar Syifa 917 4.5g, Gold Bar 1g, 5g dan 10g, rantai emas 999, emas perhiasan 916, emas perhiasan design eksklusif, perak
PG : PG menawarkan gold bar 20g, 50g, 100g dan 250g, selver bar 250g, 500g dan 1kg, public dinar 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar serta barang kemas public jewellery
GCP: GCP menawarkan emas perhiasan 916 serta gold bar 1g, 10g, 20g, 50g, 100g


 VS


PENGIKTIRAFAN GOLD BAR
ketiga-tiganya mempunyai sijil ketulenan yang ditauliahkan oleh KL Assayer Office (Syukor Anuar) yang merupakan salah satu Pentauliah Bebas Logam berharga.
Kelebihan buat GSR : PERTAMA seumpamanya di Malaysia di mana setiap sijil ketulenan dilekatkan dengan stocker hologram yang sukar diklon (password encrypted)


 vs


KOMISEN AGEN ATAU DEALER
GSR dan GCP : menawarkan komisen yang agak lumayan, dalam julat 5-8% yang ditetapkan sendiri oleh dealer. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar.
PG : komisen bergantung pada level dealer itu sendiri yang telah ditetapkan oleh PG berdasarkan kemampuan sales agen tersebut. Sebagai contoh, Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5% dan Master Dealer 2%. Bayaran akan dibuat terus ke akaun individu pada 20hb setiap bulan.


OVERRIDING INTRODUCER'MASTER DEALER
GSR dan GCP : adalah 'one layer'. Dealer akan diperkenalkan oleh 'introducer'. Introducer akan mendapat RM100 on dealer get dealer dan RM1/g di atas jualan dealer di bawahnya.
PG : overriding juga 'one layer'. Namun, terdapat 3 level of dealers, Master Dealer, Priority Dealer dan Normal Dealer. Master Dealer akan mendapat sebanyak 0.5% overriding dari sales PD dan 1% dari sales ND. PD pula boleh mendapat 0.5% overriding dari sales ND yang ditajanya.


PERBEZAAN HARGA GSR DAN PG
GSR dan GCP : harga yang dipaparkan adalah harga customer. Harga dealer adalah 5-8% less than web price. 
PG : seperti GSR, harga yang dipaparkan adalah harga customer. harga dealer adalah 1-2% less than web price. Anda bandingkan, harga dan spread.. wang anda, pilihan anda..

*Boleh rujuk SINI untuk kajian tentang SPREAD emas


BUYING PROCEDURE
GSR dan GCP : Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan 10am - 4pm melalui web atau telefon. Sabtu dan Ahad, tiada urusniaga dijalankan.
PG : mengemaskini harga mengikut harga 'spot dunia' setiap 20 minit dan urusniaga dijalankan 7 hari seminggu.


SERVICE PROVIDED

GSR : menawarkan penghantaran ke pintu rumah, serta belian balik @ 'buyback' dari customer.
PG : pula akan menyediakan stok di branch pilihan dan perlu di pick up sendiri atau atas bantuan dealer



KESIMPULAN

Ini adalah pandangan peribadi saya. Pada saya, yang penting adalah untuk membeli dan menyimpan emas. Seandainya ada pandangan yang berbeza, sila komen. Buat yang baru dan mahu mengenali emas, terutama GSR, boleh emal saya di am.fabuloucity@gmail.com

berminat menjadi dealer??? Klik button di bawah ini


READ MORE
5 SEBAB KENAPA BELI EMAS, SIMPAN EMAS & PELABURAN EMAS

1. Harga Emas Naik Untuk Jangka Panjang
Pelaburan yang selamat. Walaupun tidak terlibat dengan urusan jual-beli emas, anda masih beroleh keuntungan dengan menyimpan emas sepertimana simpanan ASB yang mana anda hanya mendapat lebih kurang 8% dividen setahun. Tetapi dengan menyimpan emas anda akan mendapat keuntungan pada kadar kenaikan harga emas antara 15%-25% setahun.

2. Nilai Wang yang Semakin Susut.
Barangan apakah yang anda dapat beli dengan RM50 pada tahun 1995 jika dibandingkan dengan nilai yang sama sekarang?

3. Emas Kalis Inflasi
Satu contoh yang paling popular bagi menunjukkan kuasa beli emas yang sangat stabil ialah harga seekor kambing di dalam nilai dinar (Dinar Emas ini adalah merujuk kepada sekeping syiling emas dengan nilai berat sebanyak 4.25 gram dan ketulenan 22 karat)
Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar emas. Pada hari ini, 1 dinar emas masih lagi boleh membeli seekor kambing. Ianya telah membuktikan bahawa dinar emas adalah kalis inflasi dan nilainya tetap tinggi selamanya.

4. Emas Adalah Aset Mudah Cair
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa dan di mana jua apabila anda memerlukan duit kerana anda boleh menjualnya ataupun memajaknya. Tetapi ingat terdesak macam mana pun jual balik emas anda di kedai emas pastikan pilihan terakhir. Emas juga merupakan “matawang” yang melangkaui sempadan. Contohnya sekiranya kita pergi bercuti di luar negara, tidak semua negara boleh menerima Ringgit Malaysia untuk urusan jualbeli tetapi dengan emas, anda boleh berurusan di mana sahaja anda berada di dunia ini.

5. Emas Menjadi Lambang Kepuasan Bagi Pemiliknya
Sudah tentu dengan memiliki emas, akan merasa satu kepuasan dan kebanggaan bagi pemiliknya. Tetapi jangan lupa kewajiban untuk berzakat atasnya , sebagai keberkatan bagi si pemiliknya.

KENAPA PERLU BELI EMAS OLEH SHEIKH IMRAN NAZAR HOSEIN



Jom kita buat kira-kira ringkas berdasarkan FAKTA :D

Fakta 1 : Pihak BERITA HARIAN melaporkan harga 1gram emas mencecah RM503 pada tahun 2020. So anda mempunyai lagi 8 tahun.

Fakta 2 : Sekarang 1 gram Gold bar GSR RM209 (pada 18 September 2012). Maka unjuran kenaikan sebanyak RM294 bersamaan 140% @ 17.5% setahun pada 2020 nanti.

Fakta 3 :  Anda mula menabung 1gram 1 bulan maka anda akan ada 96 gram pada tahun 2020.Fakta 4 :

1gram emas pada 2001 ialah RM36 dan masa itu adakah orang terfikir 1gram emas akan cecah RM209 pada tahun 2012?


 Nak tunggu harga emas naik lagi?.
Jom shopping emas!

MACAM MANA NAK BELI EMAS FIZIKAL?

Hubungi / SMS pengedar sah GSR  di 012-9311699 (Maryam Jamilah)
READ MORE

Dinar Syifa

Apa itu Dinar Syifa


Dinar emas SYIFA GSR dengan ketulenan 917 direka khusus untuk mereka yg mempunyai matlamat simpanan. Tiada kos buatan. Setiap produk GSR melalui ujian pihak ketiga (Assayer) untuk memastikan kualiti dan ketulenan dijamin. Setiap produk bar didatangi dengan sijil ketulenan yang dilengkapi dengan pelekat hologram keselamatan. 




Dinar Syifa

Dinar Syifa

Dinar Syifa
READ MORE

10 KESILAPAN PELABUR EMAS




Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana seminar tentang pelaburan emas.


Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli barang kemas di Kedai Emas. Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25% - 35%.

.

Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.

Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.


Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.

Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, Emas GSR, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.


Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai ‘used gold’ di kedai emas.

Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah. Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.







READ MORE

Kenapa Emas



MENGAPA KITA PERLU MELABUR DENGAN EMAS?


Pertama, kita perlu memahami bahawa perlombongan emas ialah perniagaan yang sangat sukar. Undang-undang yang ketat untuk mengeluarkan emas membuat ia lebih sukar untuk dilakukan secara besar-besaran. Mereka perlu untuk menguruskan lombong yang banyak kerana taburan emas tidak tertumpu pada suatu kawasan dan kemudian perlu mencari sumber-sumber baru untuk mengekalkan rizab dan mengekalkan tahap pengeluaran ke masa depan. Ia adalah satu perniagaan yang sukar tanpa mengira di mana harga Emas. Oleh itu, stok perlombongan tidak dapat memenuhi permintaan semasa dan ini akan menyebabkan harga emas akan terus melambung.

kita mesti memahami bahawa Emas dan stok emas adalah berbeza pasaran dan  juga mempunyai prestasi yang berbeza dalam keadaan panik atau krisis. Emas boleh menjadi perlindungan keselamatan

Secara ringkasnya adalah seperti berikut.

1) nilai emas sentiasa meningkat
2) Rekod 10 tahun menunjukkan kenaikan Emas sebajak 551%
3) Emas memberi banyak kelebihan kepada pemiliknya berbanding simpanan wang kertas kerana wang kertas susut nilai kerana inflasi pada setiap tahun
sebagai contoh

  1. harga kuih karipap pada tahun 2001 rm 1= 5 biji 
  2. harga kuih karipap tahun 2012 rm 1= 3 biji
  3. harga kuih karipap tahun 2015 rm 1= ???? biji 
4) Emas digunakan sebagai simbol kekayaan. sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap sebagai orang kaya. jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini, kita juga dianggap kaya.

Kenapa emas Berharga?

1) Ia sukar diperolehi.
2) Emas tahan karat dan tidak boleh dibinasakan.
3) Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak luntur.
4) Ia tidak boleh dimanipulasikan, nilai yang terpelihara dan kekal.

READ MORE
Satu perkongsian dari admin GSR




Saya kumpulkan 7 soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:


#1 – Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?

Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,
Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.

Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara tunai.

Sekiranya tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.

Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.



2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?

Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam 

tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.

Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.



#3 – Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?

Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.


Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan emas yang halal.




#4 – Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?

Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila berhati-hati.
Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.



#5 – Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?

Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.

Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.

Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.



#6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?

Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.

Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.

Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.

Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emas sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.

Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi syarat qabadh.

Sekiranya berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah riba.



Soalan 7 + 1: Apakah hukum pelaburan emas secara online?

Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.

Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada transaksi online itu berlaku. 


Kita hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi.

Maka hukumnya sama dengan pelaburan forex  iaitu pelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.
READ MORE