468x60 Ads

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Post hari ini adalah sedikit perkongsian tentang kes penipuan pembelian hartanah. Umum tahu bahawa harga hartanah pada hari ini kian meningkat sehingga penduduk Malaysia rata2 tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri. Maka akan ada yang mudah terliur dengan tawaran harga rumah sub-cost.

kes kali ini adalah berkaitan rumah di SELAYANG MUTIARA iaitu rumah PKNS. Berikut adalah iklan yang digunakan untuk tawaran tersebut








Dengan harga RM270,000 bagi rumah yang bernilai RM350,000 adalah amat mengiurkan bukan. Maka dengan tanpa berlengah kita akan mula menghubungi seller dan mula lah adegan offer mengoffer.

Dipendekkan cerita intipatinya adalah seperti berikut

# Asalnya seller tak mahu jual. Tapi perlu duit sbb mak sakit jantung di IJN. Perlu duit urgent 80k untuk pembedahan
# Ada 2 orang berebut dengan saya so siapa deposit dulu dia akan dapat. Kita dah kena reverse psychology. Cepat2 nak bank in sbb nak chop.
# Bila kita minta S&P katenye hanya dapat setelah 10% dibayar
# Bila ajak berjumpa katanya tiada di selayang. Currently di penang sbb audit under tempat kerja which is CIMB
# deposit 10% pada akaun KREDIT/DEBIT. Maksimum 10k sehari (atau sekali transfer. Scammer akan transfer gi akaun dia sblm kata kat buyer boleh transfer lagi hari ni). Bila tanya kenapa akaun kredit, tiada jawapan.
# Dia akan bagi resit cantik dan lengkap dengan details mcm beli property kebiasaannya. Kita minta SNP dia belit dan putar ayat cantik sahaja macam dah biasa dapat soalan tu.
# Saya minta emel geran dan ic. Seller hanya akan beri setelah bayaran diberi. Saya minta sebelum bayaran dibuat dan di bawah ini adalah geran tersebut yang nyata lot kepunyaan rumah yang lain. IC pemilik juga adalah bekas mangsa sama seperti saya.










# Rumah di tanah kurnia tidak boleh tukar nama tapi seller kata boleh asal takde hutang di pkns
# Seller dah jual murah mesti kene ikut kata seller
# Bila request nak jumpa wife (kebetulan wifenya bekerja sama tempat dengan saya) loophole di sini kerana dia beritahu tempat kerja wife sebelum saya beritahu tempat kerja saya. wife juga kursus tak dapat berjumpa. Suddenly wife dah pindah ke PPUM???
# Seller kerja cimb jd minta ic, kwsp, slip gaji dan driving license untuk dia handle loan. Pakai rate staff. Bulan2 bayar rm600 lebih je. Wao!!!
# Silap di sini sebab saya bagi all the details. Mungkin bakal digunakan untuk mangsa seterusnya.
# nak cash. Pujuk2 dapat gak pakai cheque. Tapi... kena buat 2 cheque. Kenapa tak boleh 1 shot? Aneh kan? Saya pernah deal jual tanah 200k pun pakai 1 cheque 1 shot.


kemudian saya  terlintas untuk bertanya di kaunter tentang  dan kaunter menerangkan itu adalah cara scammer bergerak. Baru2 ni ada kes berlaku di mana dia minta masuk ke akaun kredit/debit. Cancel niat nak teruskan deal.


# Bila diminta akaun current/saving katanya debit kad atau kredit kad adalah akaun saving
# Mula meninggi suara sebab kita dah mula syak dia
# Bila diselidik 'wife' beliau berkata dia juga pernah menjadi mangsa

Report polis telah dibuat. Reason untuk protect sekiranya details saya digunapakai untuk scam yang seterusnya. Banyak yang polis dah buat still susah nak kesan. ni namanya kebijakan disalahguna. Integriti kerja takde. Maybe orang dalam bank jugak yang terlibat.

Apapun, sekiranya anda dapat ic sy yang mengatakan saya penjual dan owner rumah maka sila hubungi saya secepatnya.

di bawah ini adalah nama penuh saya dan rakan saya aka 'wife' scammer ni.

Maryam Jamilah binti Laharadi @ Lahuri 861022XXXXXX
Rosmawati binti Fiee

012-9311699 : jangan pulak call nak offer insurans, kredit card, etc okay~

------

Update 22/04/2015

Seorang lagi mangsa tertipu dan bank in rm50k kepada penjenayah. Beliau menghubungi rakan saya dan mula memarahi rakan saya kerana menipu walhal rakan saya sendiri adalah mangsa. Harap semua berhati-hati ketika urusan jual beli rumah ya.

0 comments:

Post a Comment