468x60 Ads

Assalamualaikum semua...(^ ^)

Entri kali ni keluar dari topik emas. Tapi sedikit perkongsian tentang Astro CIrcle. Sejujurnya memang saya tak tahu langsung kewujudan mata ganjaran Astro Circle ni.. Tengok bil pun hanya tengok jumlah yang perlu dibayar. Tak pernah ambil kisah points2 yang katanya akan luput ada sekian2 bulan. Contohnya seperti yang di bawah ni.


Satu hari, ternampak satu perkongsian di dalam facebook tentang penebusan mata ganjaran Astro Circle. Di bawah saya kongsikan cara2 nak tebus.


Mula² kena daftar secara online di www.astro.com.my/astrocircle.. Login dengan username dan password ketika anda mendaftar, kemudian semak dulu berapa jumlah mata ganjaran anda yang telah berjaya terkumpul.. 


Selepas semak mata ganjaran barulah kita boleh pilih kategori apa yang nak ditebus menggunakan mata ganjaran tu.. ada lebih kurang 12 kategori yang boleh dipilih, semuanya menarik! nak dapatkan rebat untuk bil pun boleh, hanya serendah 500 mata bagi rebat RM5 dan 1000 mata untuk rebat RM10.. 



memang seronok dapat tebus mata ganjaran Astro Circle ni. Mata ganjaran saya ada 3400 mata

Anda pula bagaimana? :)

0 comments:

Post a Comment