Satu perkongsian
Assalamualaikum semua, saya doakan anda semua sihat walafiat dan kaya serta berjaya!
Kesempatan ini sy ingin berkongsi pengalaman berharga yang saya perolehi semasa lawatan saya ke 2 bandar Emas dunia iaitu Dubai dan Abu Dhabi...
3 Perkataan yang boleh saya simpulkan tentang kedua2 bandar ini iaitu MEWAH, EMAS, PANAS ;-)
Kenangan 1 kilo emas dipamerkan dengan selamba di tepi jalan ;-)
Bertolak ke Abu Dhabi dari KLIA - Doha - Abu Dhabi
Singgah di Doha Qatar
Keluar duit dari ATM Qatar utk membeli sarapan
Singgah di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi
Masjid Sheikh Zayed ialah masjid ketiga terbesar di dunia. Masjid ini terletak di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu. Masjid ini dinamakan sempena Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga dikebumikan di sana. Masjid ini dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan 2007.
Rekod dunia
Masjid Sheikh Zayed memegang beberapa rekod dunia:
- Karpet yang terbentang luas di masjid ini merupakan "karpet terbesar dunia" dan dibuat oleh "Iran's Carpet Company" hasil rekaan artis Iran Ali Khaliqi. Karpet ini berukuran 5,627 meter persegi. Berat karpet tersebut ialah 47 tan - 35 tan kapas, dan 12 tan benang.
- Masjid ini juga mempunyai candelier (lampu lilin) terbesar dunia. Terdapat tujuh lampu lilin yang diimport dari Jerman dan kesemuanya adalah dari tembaga dan bersalut emas. Lampu lilin yang terbesar berdiameter 10 meter dan 15 meter tinggi.
Jalan lurus dan cantik. Pemandangan yang indah dibarisi pohon Kurma
Sampai disana terus ke kedai mamak pekena Roti Prata. Kuah kari disini memang POWER!!!
Bank -bank pun banyak di Abu Dhabi
Pencakar langit di padang pasir
Impian saya memiliki BMW X6 ini. Ya Allah permudahkanlah impianku..
mat rempit abu dhabi
show room bmw dan Mini cooper..
wah GOLD CENTRE betul2 mengugat keimanan di hari pertama..
Gold Centre pandangan belakang. Hotel tempat tinggal kami betul2 berhadapan dengan Gold Centre..TERUJA!!
Ajanta Jewellers
Dengan bantuan Tuan Syed kami berjaya meletakkan Dinar Emas Syifa di ruang pameran kedai emas ini.
Orang Dubai boleh dapatkan DInar SYifa di kedai ini.
Orang Malaysia boleh dapatkan di www.gsr2u.com.my/goldengold
Hari yang di nanti telah tiba....
MADINAT ZAYED SHOPPING CENTRE
Madinat Zayed Shopping Centre adalah tempat untuk pergi untuk membeli-belah antarabangsa. Di tengah-tengah bandar ia menawarkan pelbagai jenama dan kedai-kedai yang menawarkan segala-galanya pembeli arif dari tinggi akhir fesyen, minyak wangi, barangan rumah, barangan runcit, elektronik dan banyak lagi.
Dengan lebih daripada 70 kedai-kedai barang kemas yang menawarkan emas tradisional dan kontemporari, berlian dan barang kemas mutiara dari seluruh dunia, Madinat Zayed Shopping Centre adalah permata sebenar di bandaraya. Ia juga mempamerkan Pusat Emas di Abu Dhabi.
Di sini harga emas agak mahal sedikit berbanding Dubai. tapi masih murah berbanding Malaysia.
Pergi waktu pagi maka agak sunyi..
Cukup sampai di sini dulu perkongsian saya. Saya akan sambung hari kedua di Dubai dengan paparan foto dan info kedai emas yang murah2..
0 comments:
Post a Comment