468x60 Ads

This is an example of a HTML caption with a link.
Salam semua.

Macam biasa, berjalan2 di facebook dan ternampak iklan contest ini dari page INDULGE AT MALAYSIA AIRPORTS


Caranya simple. Download apps MAHB AIRPORTS di android dan surf setiap page untuk detect page mana yang ada HIDDEN PANDA dan SANTA PANDA.





Saya jumpa 20 HIDDEN PANDA termasuk seekor panda yang memakai baju santa dengan secret code PANDAMONIUM.

Selang beberapa hari, saya menerima call dari pihak penganjur. Dan mereka memaklumkan saya adalah pemenang saguhati untuk contest mereka dan bakal menerima barangan body shop.


Update~

Dah terima body shop products. Terima kasih INDULGE AT MALAYSIA AIRPORTS
READ MORE
Hi all and good afternoon.

Hari ini nak share tentang satu facebook page BABY BLESSING MALAYSIA yang mengutamakan produk organik. Berikut info yang dipetik dari fb mereka.

Baby Blessing Malaysia is a mother and baby online store that authorize to offer premium quality brands like Blessing kids wear, Bentley Organic mother and baby certified organic products, Cupcake washable nursing pads and liners made with organic cotton, Cake Lingerie seamless nursing/maternity bra and Baby Wipes. Blessing kids wear design is simple but elegant, suitable for kid at age 2-15 years old. At Baby Blessing Malaysia, We make our best effort to seek out the premium quality, natural, organic and reasonable price of baby care products to all parents.

Boleh juga singgah website mereka di http://www.babyblessing.com.my/ untuk melihat item2 yang mereka tawarkan.

Berbalik kepada giveaway yang telah diadakan pada 11 hingga 18 disember 2015 di facebook mereka.


Cantik dan nampak simple yet exclusive. Peserta hanya perlu komen tentang produk mereka dan pemenang dipilih berdasarkan komen yang menarik. Alhamdulillah, telah terpilih sebagai pemenang.


BBM telah menghubungi saya untuk ukuran baju dan item akan dihantar dalam masa terdekat. Review item akan dibuat setelah item diterima ya. :)

~~~~~~~~

Update : baju dah diterima :)


Fabrics : sekali tengok dalam gambar mcm keras. Tapi sekali pegang, memang lembut sangat dan kain bercorak timbul. Nampak mahal dan high quality.

Hiasan : Dihiasi dengan fabrics warna pink untuk collar dan bunga bermanik (yang ini boleh buka sebab ianya adalah brooch pin).

Poket: Kebiasaanya dress tidak mempunyai poket. Tapi dress dari BABY BLESSING MALAYSIA ini mempunyai 2 hidden poket dibahagian hadapan. Best sbb boleh isi duit raya =)

Sizing : recommended untuk ukur tinggi anak, ukur lilit dada dan pinggang.

Overall : puas hati dengan kualiti dress dari BABY BLESSING MALAYSIA. jika ada function lepas ni boleh beli dari mereka :)


READ MORE
Assalamualaikum n good morning

Hari ni nak share tentang Mothercare Malaysua facebook contest. They all rajin tau buat contest. Boleh la join. Hehe. Yang ini adalah halloween contest yang mana contestant mesti buat caption dari gambar yang disediakan. Hadiah utama adalah lampu dan saguhati adalah soft toy itik.


Dengan mood saja2, apa yang terlintas yang itu la yang d pm kepada mothercare malaysia. Tak ramai join. Ada 19 orang aje. Maybe sbb xtau nak reka dialog apa? N tak sambut halloween? Hehe. Di bawah ini adalah caption spontan tersebut.


Dengan yakinnya rasa boleh menang. Chewah. Xde lah. Saje je masuk for fun. Lepas 2 bulan they all announce the winner. Tetibe ada nama dalam consolation prize. Itik pun ok apa. Hadiah untuk adik si kakak :) 


Mothercare Malaysia contact melalui telefon, tanya kat mana boleh ambil hadiah by hand. Yang paling dekat dengan saya adalah One Utama. Jadi pergilah dengan gagahnya untuk ambil itik. Tadaaa. Comel tak itik dalam balutan hadiah? :)


Rezeki, walaupun kecil, jangan ditolak :)
READ MORE
Emas telah digunakan dari zaman dahulu lagi sebagai matawang dan juga sebagai logam relatif kepada nilai wang kertas sehingga hari ini. Negara-negara di Eropah menggunakan simpanan emas mereka sebagai kadar tukaran asing sebelum ia dibekukan apabila krisis kewangan berlaku ketika perang dunia pertama.
Selepas perang dunia kedua, Sistem Bretton Woods diperkenalkan di Amerika dengan menambat setiap US$35 dollar bernilai 1 troy ounce emas. Sistem tersebut digunapakai sehingga tahun 1971, apabila kerajaan Amerika Syarikat membekukan sistem tukaran duit kepada emas dan hanya menggunakan wang kertas sebagai pertukaran. Matawang terakhir yang menghentikan tambatan pada emas adalah Swiss Franc pada tahun 2000.

 Siapa Yang Tentukan Harga Emas?

trend graf harga emas terkini 2004 - 2014
Sejak 1919, penanda aras yang utama digunakan untuk menentukan harga emas adalah dari London Gold Fixing. Harga emas ditentukan melalui perbincangan telefon antara 5 firma emas terbesar di London Bullion Market 2 kali setiap hari. Sehingga hari ini, emas didagangkan setiap hari mengikut spot-price yang dikembangkan dari harga dagangan emas dari setiap kaunter dagangan di seluruh dunia (code XAU).
Pada Mac 2008, harga emas melebihi US$1000 per ounce sebelum harga emas mengalami kejatuhan sementara kepada US$712.30 per ounce pada bulan November. Harga emas mula naik kembali pada Februari 2009. Pada Oktober 2009, harga emas sekali lagi memecah rekod tertinggi pada harga US$1226. Rekod tertinggi kenaikan harga emas adalah pada Ogos 2011, ketika itu harga emas mencecah US$1908 pada harga dagangan London Gold Fixing.
Malaysia menggunakan indeks emas Chan Haik Long (CHL), yang diperolehi dari panggilan telefon kepada pelebur emas. Index emas CHL tertinggi yang dicatatkan adalah 6990 pada Ogos 2011 (index CHL dikembangkan dari tukaran matawang USD kepada MYR dan juga per tahil emas).
Sumber: www.kitco.com
READ MORE
Assalamualaikum semua...(^ ^)

Entri kali ni keluar dari topik emas. Tapi sedikit perkongsian tentang Astro CIrcle. Sejujurnya memang saya tak tahu langsung kewujudan mata ganjaran Astro Circle ni.. Tengok bil pun hanya tengok jumlah yang perlu dibayar. Tak pernah ambil kisah points2 yang katanya akan luput ada sekian2 bulan. Contohnya seperti yang di bawah ni.


Satu hari, ternampak satu perkongsian di dalam facebook tentang penebusan mata ganjaran Astro Circle. Di bawah saya kongsikan cara2 nak tebus.


Mula² kena daftar secara online di www.astro.com.my/astrocircle.. Login dengan username dan password ketika anda mendaftar, kemudian semak dulu berapa jumlah mata ganjaran anda yang telah berjaya terkumpul.. 


Selepas semak mata ganjaran barulah kita boleh pilih kategori apa yang nak ditebus menggunakan mata ganjaran tu.. ada lebih kurang 12 kategori yang boleh dipilih, semuanya menarik! nak dapatkan rebat untuk bil pun boleh, hanya serendah 500 mata bagi rebat RM5 dan 1000 mata untuk rebat RM10.. 



memang seronok dapat tebus mata ganjaran Astro Circle ni. Mata ganjaran saya ada 3400 mata

Anda pula bagaimana? :)
READ MORE


Dikongsi dari jutawanemas.com serta hargaemas.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira adanya :)

Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.

Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)


Pengiraan zakat emas

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Zakat Emas Perhiasan
Syarat-syarat:
1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.


 Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.


Pengiraan zakat perak

sumber: http://zakat.com.my/zakat-perak

Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak

Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya: "..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)
Maksudnya: "Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun  
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50


Kesimpulan



Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.
READ MORE

Assalamualaikum semua.

Bermula 1 april 2015, semua produk emas GSR akan dikenakan GST seperti notis tertera.


READ MORE