468x60 Ads

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ini saya akan buat perbandingan di antara GSR (Golden Silver Resources) dengan PG (Public Gold) serta GCP (GoldCrest Pavilion). Tiada niat untuk menjatuhkan mana2 pihak. Perbandingan dibuat berdasarkan pengalaman sendiri ketika membuat pilihan syarikat pelaburan emas yang terbaik buat saya






BAYARAN UNTUK MENJADI DEALER
GSR : bayaran minimum untuk menjadi dealer GSR adalah RM1000. Dealer akan dapat jaket GSR, name card, flyer untuk promo, member card, khairat kematian RM500 (2 tahun pertama), iklan di akhbar. Tetapi dealer tidak akan dapat emas. Perniagaan boleh diwariskan.
PG : anda perlu beli minimum RM20,000 emas untuk melayakkan anda menjadi automatik dealer kepada public gold.RM20,000 tersebut boleh daripada emas perhiasan, jongkong emas atau dinar
GCP : bayaran minimum untuk menjadi dealer GCP adalah RM600. Perniagaan tidak boleh diwariskan.


PERBEZAAN PRODUK
GSR : GSR menawarkan Dinar Syifa 917 4.5g, Gold Bar 1g, 5g dan 10g, rantai emas 999, emas perhiasan 916, emas perhiasan design eksklusif, perak
PG : PG menawarkan gold bar 20g, 50g, 100g dan 250g, selver bar 250g, 500g dan 1kg, public dinar 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar serta barang kemas public jewellery
GCP: GCP menawarkan emas perhiasan 916 serta gold bar 1g, 10g, 20g, 50g, 100g


 VS


PENGIKTIRAFAN GOLD BAR
ketiga-tiganya mempunyai sijil ketulenan yang ditauliahkan oleh KL Assayer Office (Syukor Anuar) yang merupakan salah satu Pentauliah Bebas Logam berharga.
Kelebihan buat GSR : PERTAMA seumpamanya di Malaysia di mana setiap sijil ketulenan dilekatkan dengan stocker hologram yang sukar diklon (password encrypted)


 vs


KOMISEN AGEN ATAU DEALER
GSR dan GCP : menawarkan komisen yang agak lumayan, dalam julat 5-8% yang ditetapkan sendiri oleh dealer. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar.
PG : komisen bergantung pada level dealer itu sendiri yang telah ditetapkan oleh PG berdasarkan kemampuan sales agen tersebut. Sebagai contoh, Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5% dan Master Dealer 2%. Bayaran akan dibuat terus ke akaun individu pada 20hb setiap bulan.


OVERRIDING INTRODUCER'MASTER DEALER
GSR dan GCP : adalah 'one layer'. Dealer akan diperkenalkan oleh 'introducer'. Introducer akan mendapat RM100 on dealer get dealer dan RM1/g di atas jualan dealer di bawahnya.
PG : overriding juga 'one layer'. Namun, terdapat 3 level of dealers, Master Dealer, Priority Dealer dan Normal Dealer. Master Dealer akan mendapat sebanyak 0.5% overriding dari sales PD dan 1% dari sales ND. PD pula boleh mendapat 0.5% overriding dari sales ND yang ditajanya.


PERBEZAAN HARGA GSR DAN PG
GSR dan GCP : harga yang dipaparkan adalah harga customer. Harga dealer adalah 5-8% less than web price. 
PG : seperti GSR, harga yang dipaparkan adalah harga customer. harga dealer adalah 1-2% less than web price. Anda bandingkan, harga dan spread.. wang anda, pilihan anda..

*Boleh rujuk SINI untuk kajian tentang SPREAD emas


BUYING PROCEDURE
GSR dan GCP : Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan 10am - 4pm melalui web atau telefon. Sabtu dan Ahad, tiada urusniaga dijalankan.
PG : mengemaskini harga mengikut harga 'spot dunia' setiap 20 minit dan urusniaga dijalankan 7 hari seminggu.


SERVICE PROVIDED

GSR : menawarkan penghantaran ke pintu rumah, serta belian balik @ 'buyback' dari customer.
PG : pula akan menyediakan stok di branch pilihan dan perlu di pick up sendiri atau atas bantuan dealer



KESIMPULAN

Ini adalah pandangan peribadi saya. Pada saya, yang penting adalah untuk membeli dan menyimpan emas. Seandainya ada pandangan yang berbeza, sila komen. Buat yang baru dan mahu mengenali emas, terutama GSR, boleh emal saya di am.fabuloucity@gmail.com

berminat menjadi dealer??? Klik button di bawah ini


0 comments:

Post a Comment