468x60 Ads

Emas telah digunakan dari zaman dahulu lagi sebagai matawang dan juga sebagai logam relatif kepada nilai wang kertas sehingga hari ini. Negara-negara di Eropah menggunakan simpanan emas mereka sebagai kadar tukaran asing sebelum ia dibekukan apabila krisis kewangan berlaku ketika perang dunia pertama.
Selepas perang dunia kedua, Sistem Bretton Woods diperkenalkan di Amerika dengan menambat setiap US$35 dollar bernilai 1 troy ounce emas. Sistem tersebut digunapakai sehingga tahun 1971, apabila kerajaan Amerika Syarikat membekukan sistem tukaran duit kepada emas dan hanya menggunakan wang kertas sebagai pertukaran. Matawang terakhir yang menghentikan tambatan pada emas adalah Swiss Franc pada tahun 2000.

 Siapa Yang Tentukan Harga Emas?

trend graf harga emas terkini 2004 - 2014
Sejak 1919, penanda aras yang utama digunakan untuk menentukan harga emas adalah dari London Gold Fixing. Harga emas ditentukan melalui perbincangan telefon antara 5 firma emas terbesar di London Bullion Market 2 kali setiap hari. Sehingga hari ini, emas didagangkan setiap hari mengikut spot-price yang dikembangkan dari harga dagangan emas dari setiap kaunter dagangan di seluruh dunia (code XAU).
Pada Mac 2008, harga emas melebihi US$1000 per ounce sebelum harga emas mengalami kejatuhan sementara kepada US$712.30 per ounce pada bulan November. Harga emas mula naik kembali pada Februari 2009. Pada Oktober 2009, harga emas sekali lagi memecah rekod tertinggi pada harga US$1226. Rekod tertinggi kenaikan harga emas adalah pada Ogos 2011, ketika itu harga emas mencecah US$1908 pada harga dagangan London Gold Fixing.
Malaysia menggunakan indeks emas Chan Haik Long (CHL), yang diperolehi dari panggilan telefon kepada pelebur emas. Index emas CHL tertinggi yang dicatatkan adalah 6990 pada Ogos 2011 (index CHL dikembangkan dari tukaran matawang USD kepada MYR dan juga per tahil emas).
Sumber: www.kitco.com

0 comments:

Post a Comment