468x60 Ads

Salam. Hari ini saya akan kupas sedikit mengenai salah satu kemahiran dalam pelaburan emas : mengira spread emas.

Sebagai customer, mari kita lihat yang mana spread emas lebih besar. Kita gunakan produk yang sama iaitu 10g gold bar 999 dan bezakan antara 3 top company pelaburan emas yang saya tahu. Mungkin anda boleh senaraikan lagi untuk saya kaji?


PUBLIC GOLD

GOLDEN SILVER RESOURCES


GOLDCREST PAVILION


Berikut yang di atas adalah senarai harga kesemua company pada 9 Mei 2013 11pm



PUBLIC GOLD

Harga beli
= RM1579.00

Harga jual
= RM1453.00

Perbezaan harga
= Harga jual - harga beli 
= RM1579 - RM1453
= RM126

Spread untuk customer PG
= Perbezaan harga / harga beli x 100 
= RM126 / RM1579 x 100
= 7.98% 



GOLDEN SILVER RESOURCES

Harga beli
= RM1635.30

Harga jual
= RM1412.80

Perbezaan harga
= Harga jual - harga beli 
= RM1635.30 - RM1412.80
= RM222.50

Spread untuk customer PG
= Perbezaan harga / harga beli x 100 
= RM222.50 / RM1635.30 x 100
= 13.61%




GOLDCREST PAVILION

Harga beli
= RM1660

Harga jual
= RM1410

Perbezaan harga
= Harga jual - harga beli 
= RM1660 - RM1410
= RM250

Spread untuk customer PG
= Perbezaan harga / harga beli x 100 
= RM250 / RM1660 x 100
= 15.06%


Daripada kajian saya, Dapat dilihat disini, harga Public Gold adalah TERMURAH dengan SPREAD paling rendah untuk CUSTOMER. Bagaimana jika anda agen??? Agen di sini bermaksud anda menjadi ahli VIP dengan membayar certain amount of money sebagai yuran keahlian seumur hidup (GSR dan GCP) atau membeli minimum RM20000 emas (PG)



PUBLIC GOLD

Harga beli (setelah anda menjadi agen dengan belian minimum RM20000)
= RM1579.00 - 1%
= RM1563.21

Harga jual
= RM1453.00 + 0.5%
= RM1460.3

Perbezaan harga
= Harga jual - harga beli 
= RM1563 - RM1460.3
= RM102.7

Spread untuk customer PG
= Perbezaan harga / harga beli x 100 
= RM102.7 / RM1563.21 x 100
= 6.57%



GOLDEN SILVER RESOURCES

Harga beli (setelah anda menjadi agen dengan bayaran RM1000)
= RM1635.30 - (RM13/g = RM130)
= RM1505.30

Harga jual
= RM1412.80 + (RM4/g (sama untuk semua produk) = RM40)
= RM1452.80

Perbezaan harga
= Harga jual - harga beli 
= RM1505.30 - RM1452.80
= RM52.50

Spread untuk customer PG
= Perbezaan harga / harga beli x 100 
= RM52.50 / RM1505.30 x 100
= 3.49%




GOLDCREST PAVILION

Harga beli (setelah anda menjadi agen dengan bayaran RM600)
= RM1660 - (8% = RM132.80)
= RM1527.20

Harga jual
= RM1410 + (3% = RM42.3)
= RM1452.30

Perbezaan harga
= Harga jual - harga beli 
= RM1527.20 - RM1452.30
= RM74.9

Spread untuk customer PG
= Perbezaan harga / harga beli x 100 
= RM74.9 / RM1527.20 x 100
= 4.9%

Daripada kajian saya, Dapat dilihat disini, harga GSR adalah TERMURAH dengan SPREAD paling rendah untuk NORMAL AGENT. Tetapi masing2 mempunyai kelebihan sendiri. PG lebih dikenali kerana sudah bertapak lebih lama berbanding 2 lagi syarikat bumiputera melayu muslim kita iaitu GSR dan GCP.

PG = terbaik jika anda bukan dealer, beli dgn harga murah berbanding yang lain. Anda boleh pilih untuk menjual dengan rakan-rakan dengan harga lebih tinggi berbanding harga 'we buy' yang ditawarkan PG.
GCP dan GSR = perlu menjadi dealer untuk harga terbaik kerana harga untuk normal customer adalah sedikit tinggi. namun bagi yang customer yang tidak tahu mengenai emas, ini mungkin menindas kerana mereka membeli dgn harga yang agak mahal dari agen sedia ada dan jika ingin jual terpaksa pada harga yang agak murah. Nasihat kepada agen, berbuat baiklah sesama kita. Kita untung customer untung. ^__^

Di bawah ini adalah spread keseluruhan yang saya telah kira daripada semua produk yang ditawarkan ketiga-tiga syarikat. Ia mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

sila klik untuk paparan lebih besar

Saya memilih untuk bersama GSR setelah meneliti pros and cons untuk memulakan perniagaan emas dengan modal yang sedikit serta dapat membeli emas tanpa bersusah payah mengharungi kesesakan jalanraya. Anda juga boleh pilih syarikat mana yang terbaik buat anda. Jika berminat menyertai kami di GSR, tekan sahaja button di bawah ini dan mulakan langkah anda sekarang. 'Fast Action Fast Result'


0 comments:

Post a Comment